Monday, March 23, 2009

10 sebab doa ditolak

Salam buat sahabat semua, aku rasa aku blum pernah menulis apa2 pun
buat tatapan @ renungan aku sendiri dan korang semua... Almaklum lah
sibuk je memanjang... Cuba anda semua renungi dan hayati adakah
kita telah menunaikan hak kita pada Allah, Rasulullah, Ibu bapa, k'ga
mahupun masyarakat. Mungkin di sini ada jawapannya utk anda semua.

Bacalah, bacalah seberapa banyak yg anda mampu ttg artikel di bawah
ini, I/Allah saya dan anda semua akan mendapat jawapannye tentang
apa itu Doa (Senjata yg paling ditakuti oleh para Yahudi, Nasara dan Majusi),
dan kenapa setiap kali permohonan anda pada Allah ditolak ataupun lambat
ditunaikan... W/salam

10 sebab doa ditolak:
1. Kamu mengenal Allah, tetapi KAMU TIDAK TUNAIKAN HAK-Nya
2. Kamu berkata kamu cinta kpd Rasulullah s.a.w., tetapi KAMU TINGGALKAN
SUNNAHNYA
3. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi KAMU TIDAK BERAMAL DENGANNYA
4. Kamu telah merasakan nikmat-nikmat Allah tetapi KAMU TIDAK BERSYUKUR
KEPADA-Nya
5. Kamu telah berkata bahawa syaitan itu musuh kamu tetapi KAMU TIDAK
MENENTANGNYA
6. Kamu kata syurga itu benar tetapi KAMU TIDAK BERAMAL UNTUKNYA
7. Kamu kata neraka itu benar tetapi KAMU TIDAK LARI DARINYA
8. Kamu kata mati itu benar tetapi KAMU TIDAK BERSEDIA MENGHADAPINYA
9. Kamu bangun dari tidur lalu kamu katakan banyak keaiban manusia tetapi
KAMU LUPA KEAIBAN SENDIRI
10. Kamu kebumikan mayat saudara2 mu tetapi KAMU TIDAK MENGAMBIL
IKTIBAR DARI MEREKA.

Cukuplah sampai di sini renungan ini ditamatkan, I.Allah ada byk perkara lain
yg boleh kita kongsikan terutamanya dlm membincangkan masalah2 fardu Ain
& kifayah yg masih menghantui ramai saudara2 kita spt dlm bab Rukun solah
& puasa dan juga Solah Jenazah. Wassalamu

1 comment:

miezanz said...

sama2 kita pesan memesan